Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah kebaikan membeli di Delocal.my?

Kami berikan anda 7 sebab terbaik anda perlu memilih Delocal.my:

  • Produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jadi ianya selamat untuk digunakan
  • Mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM. Gunakan tanpa was-was
  • Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk tempahan RM150 dan ke atas. Lebih jimat untuk wang anda.
  • Produk buatan Malaysia. Kami menyokong sepenuhnya produk buatan tempatan.
  • Transaksi selamat kerana laman web mempunyai SSL/HTTPS. Data peribadi seperti password dan kad kredit dilindungi.
  • Diskaun dan potongan harga untuk perbelian kali pertama.
  • Pemulangan produk percuma dalam masa 14 hari.

2. Adakah urusniaga dan transaksi di Delocal.my selamat?

Ya. Segala transaksi pembayaran, data peribadi dan password adalah selamat kerana kami menggunakan SSL/TLS certificate melalui HTTPS (Secure Socket Layer).

Jika anda perhatikan di address bar domain terdapat pengiktirafan Secure atau tanda Lock

HTTPS menyulitkan (encrypt) semua komunikasi dan memberikan faedah berikut:

  • Melindungi sejarah pelayaran dan nombor kad kredit dengan URL yang disulitkan¬†(encrypt)
  • Mengesahkan bahawa pelayan sedang berkomunikasi dengan laman web yang betul
  • Menghalang dan melindungi serangan penggodam

3. Bagaimana Cara Membuat Pembelian?

Sila ikuti arahan mudah di artikel Cara Tempahan.

4. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

Kami menerima tiga (3) kaedah pembayaran iaitu:

  1. Online Banking melalui FPX (Maybank, CIMB, Affin Bank, Bank Islam, RHB, Alliance, AmBank, Bank Muamalat, BSN, Bank Rakyat, Hong Leong, HSBC, Public Bank, Standard Chartered, UOB, Kuwait Finance House)
  2. Paypal (Visa, MasterCard,American Express, Discover)
  3. Direct Bank Transfer (pemindahan wang ke bank Delocal.my)

5. Berapakah tempoh masa penghantaran selepas bayaran diterima?

Tempoh penghantaran adalah mengikut kawasan:

  • Semenanjung Malaysia: 2 – 5 hari bekerja (tidak termasuk Ahad dan cuti umum)
  • Sabah atau Sarawak: 3 – 7 hari bekerja (tidak termasuk Ahad dan cuti umum)

Untuk lebih informasi, sila baca Maklumat Penghantaran.

6. Berapakah kos penghantaran produk?

Jumlah tempahan di bawah RM150:

  • Semenanjung Malaysia:RM8
  • Sabah atau Sarawak: RM10

Jumlah tempahan RM150 dan ke atas

  • Percuma ke seluruh Malaysia

Untuk lebih informasi, sila baca Maklumat Penghantaran.

7. Jika produk diterima rosak atau tersalah, bagaimana untuk membuat pemulangan?

Sila baca Polisi Pemulangan Produk untuk maklumat terperinci.

Bersedia untuk membuat tempahan?

Sila klik SHOP NOW untuk pelbagai kebaikan dan manfaat daripada produk yang kami tawarkan.