Polisi Pemulangan Produk

1. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian dan barangan yang diterima, anda boleh menghantarnya semula kepada kami jika barangan tersebut:
-Rosak selepas kotak/pastik dibuka
– Berbeza daripada tempahan dibuat dari segi spesifikasi, saiz, kuantiti dan jenis produk
– Tamat tarikh luput penggunaan.

2. Proses pemulangan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembelian. Item yang rosak mesti dikembalikan bersama dengan kotak asal dan resit.

3. Sila maklumkan kepada pihak DELOCAL sebelum memulangkan barangan jika tidak, permintaan itu tidak akan diproses.

4. Apa yang akan saya dapat selepas memulangkan barangan tersebut?
Anda boleh memilih sama ada penghantaran semula produk ditempah atau pemulangan wang mengikut harga barangan ke akaun bank anda (dalam masa 1-14 hari bekerja)

5. Bagaimana dengan kos penghantaran semula oleh pelanggan?
Kos penghantaran semula ditanggung sepenuhnya oleh pihak DELOCAL. Pelanggan perlu memaklumkan syarikat penghantaran Poslaju bahawa kos dicaj kepada pihak kami.

6. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima bayaran balik / item baru saya?
Sekurang-kurangnya 7 hari bekerja dari tarikh kami menerima pakej kembali anda.