5 Panduan Bijak Memilih Produk Kecantikan

“Aduh, takutnya nak beli produk kecantikan sekarang ni. Macam-macam cerita keluar di media sosial, pengguna komestik rosak kulit wajah mereka bila amalkan produk di pasaran!”

Biasa dengar rintihan sebegini? Adakah anda juga salah seorang daripada mereka? Benar memang ada produk kecantikan yang mengandungi pelbagai racun berjadual seperti merkuri, tretinoin dan hydroquinone.

Bahan-bahan ini mempunyai fungsi tersendiri seperti merkuri yang lazimya bertujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan.

Tretinoin digunakan untuk merawat masalah jerawat dan mengurangkan kedutan. Manakala hydroquinone bertujuan mencerahkan kulit, mengawal masalah jeragat dan perubahan warna kulit yang tidak sekata.

Kesemua racun berjadual ini tidak sepatutnya berada dalam produk kecantikan kerana ia tidak selamat.

Jadi bagaimana mahu memilih produk kecantikan yang selamat? Kami kongsikan di sini 5 panduan bijak memilih produk kecantikan di pasaran.

1. Semak Status Pendaftaran Produk Di Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)

Ini panduan bijak memilih produk kecantikan yang paling penting. Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan buat semakan status pendaftaran produk tersebut.

Langkah mudah, pergi ke laman rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Ada dua pilihan untuk memeriksa status pendaftaran produk untuk carian ubat dan kosmetik. Masukkan nama komestik dengan ejaan yang betul.

Jika produk tersebut ada dalam rekod KKM maka ianya dipercayai dan selamat untuk digunakan kerana telah melalui saringan dan diluluskan untuk dipasarkan kepada pengguna.

2. Pilih Produk Kecantikan Daripada Bahan Alami & Semulajadi

Lihat kandungan produk adakah mengandungi bahan alami terutamanya produk yang bersentuhan langsung dengan kulit dan perlu digunakan dalam jangka masa yang lama. Bahan alami begini bernutrisi, bersifat melindung dan mengawal hidrasi pada kulit.

Rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.

Sebagai contoh, Garam Pink Himalayan antara bahan semulajadi yang digunakan dalam produk scrub badan oleh pengeluar produk kesihatan di pasaran.

Menurut kajian, ia mampu melancarkan peredaran darah, melembapkan kulit, mengatasi rasa sakit pada sendi, menenangkan otot dan juga merawat psiorosis.

3. Kenal Pasti Jenis Kulit Anda

Sebelum memilih produk kecantikan yang selamat, kenal pasti dahulu apakah jenis kulit anda. Ada lima jenis kulit iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit sensitif.

Mudah memilih produk kecantikan jika anda tahu jenis kulit anda. Contohnya kulit normal seimbang dari segi minyak, kelembapan dan ketahanan kulit. Panduan mudah pilih pencuci muka untuk jenis kulit ini adalah berasaskan susu.

Untuk lebih jimat dan produk tersebut boleh digunakan lebih lama, dapatkan pek percubaan dahulu.

4.Dapatkan Khidmat Nasihat Doktor Estetik

Biasanya pengguna dapatkan maklumat produk kecantikan daripada pembacaan dan pemerhatian mereka di website pengeluar, testimoni dan perbualan di tempat kerja.

Apa kata kali ini dapatkan khidmat nasihat daripada Doktor Estetik atau mudahnya dikenali sebagai doktor kulit.

Mereka berpengetahuan luas mengenai kulit secara menyeluruh. Mereka tahu bagaimana kulit berfungsi dan bertindak balas dengan rawatan serta prosedur kecantikan.

5. Berhati-hati Dengan Iklan Produk Kecantikan

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan banyak lagi adalah medium pengiklanan terkini pengeluar produk kecantikan. Berhati-hati dan jangan tertipu dengan iklan yang kadangkala berlebihan memuji kebaikan sesuatu produk.

Tawaran-tawaran tidak masuk akal kadangkala hanya untuk melariskan produk kecantikan tersebut sehingga ada pengguna tertipu dan tanpa usul periksa membelinya.

Mereka dikaburi dengan testimoni pengguna yang berjaya memutihkan kulit dalam masa singkat tanpa menyedari kulit yang cantik itu tidak semestinya putih, apa yang lebih penting adalah ia sihat dan selamat.

Rujukan :

Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia http://npra.moh.gov.my/index.php/archives/press-release/1304-press-release-jun-2018

Klinik Dr Nadzlin Nazri : Pakar Kulit

https://web.facebook.com/KlinikRizLynn/?timeline_context_item_type=intro_card_work&timeline_context_item_source=645010267

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge