7 Makanan untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi disebut juga sebagai “pembunuh senyap”. Penyebab utama masyarakat tidak mengambil peduli tentang penyakit ini adalah kerana tiadanya simptom awal yang ditunjukkan oleh pesakit.

Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi.

Tanpa disedari, anda juga mungkin terdedah kepada penyakit ini. Jika tidak mendapatkan rawatan awal, ianya boleh menyebabkan kerosakan salur darah yang boleh membawa kepada penyakit jantung, penyakit buah pinggang, strok dan lain-lain penyakit.

Faktor yang menjadi penyebab kepada penyakit ini ada antaranya yang tidak dapat dikawal iaitu faktor umur, sejarah keluarga, jantina dan bangsa.

Image result for tekanan darah tinggi

Namun ada juga faktor yang dapat dikawal seperti senaman dan gaya pemakanan.

Gaya pemakanan adalah sangat penting untuk mencegah diri daripada didiagnos dengan penyakit ini.

Semak kembali kandungan gula, garam dan lemak yang anda makan setiap hari. Anda perlu tahu, sodium atau garam adalah antara penyebab utama penyakit darah tinggi.

Anda digalakkan untuk mengambil banyak makanan yang mengandungi kalsium, magnesium dan potassium untuk mengurangkan darah tinggi.

Pepatah ada mengatakan “mencegah adalah lebih baik daripada merawat”. Sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Jadinya kami ingin berkongsi kepada anda semua tentang makanan yang boleh mengurangkan darah tinggi. Mari kita lihat satu persatu.

1.  Buah- buahan

Buah-buahan memiliki pelbagai khasiat berguna kepada manusia. Antara buah-buahan yang boleh mengurangkan darah tinggi adalah buah kiwi, pisang, avokado dan buah delima.

Buah-buahan ini tinggi khasiatnya dan mempunyai kandungan potassium, magnesium dan kalsium yang baik untuk badan anda.

Cuba senaraikan apakah buah-buahan yang biasa anda ambil sebelum ini, jika kurang maka tambahkan senarai buah-buahan yang baru sebagai santapan di waktu pagi, tengahari atau malam.

2. Brokoli

Sayur yang mempunyai nutrisi paling bagus ialah brokoli. Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi kandungan khasiat tinggi untuk mengurangkan darah tinggi.

Anda boleh campurkan brokoli dalam sajian berasaskan sayur dan sup. Jadikan ia menu utama dalam keluarga selain dapat mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan hidup sihat sejak kecil.

Pelbagaikan jenis masakan supaya tidak jemu dengan menu yang sama.

3. Oatmeal

Oatmeal tinggi kandungan fiber, kurang lemak, dan kurang sodium yang boleh kurangkan tekanan darah tinggi.

Ada pelbagai jenis oatmeal di pasaran yang boleh dimakan terus atau dimasak mengikut kreativiti anda.

Anda boleh menjadikan oat sebagai sarapan sebelum memulakan hari. Tambahkan berries, granola, buah-buahan yang dipotong untuk menambahkan lagi rasa dan membuka selera.

4. Yogurt Bebas Lemak

Yogurt adalah makanan yang sedap dan berkhasiat. Menurut kajian daripada American Heart Association, wanita yang memakan 5 atau lebih yogurt seminggu akan mengalami 20% pengurangan dalam risiko untuk tekanan darah tinggi.

Pastikan Yogurt yang dipilih bebas lemak dan tidak mengandungi gula tambahan serta perisa tiruan.

5. Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah contoh makanan yang mempunyai lemak sihat yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

Minyak zaitun memiliki rasa yang berbeza tidak seperti minyak lain yang diekstrak dari kekacang dan minyak zaitun diperolehi daripada buah zaitun Ianya mengandungi antioksidan, phytosterol, dan vitamin yang berasal dari tanaman.

6. Makan Ulam-ulaman Kampung

Antara makanan untuk kurangkan darah tinggi adalah ulam-ulaman. Contohnya ulam Kerdas tergolong dalam kumpulan kekacang.

Baunya lebih kuat daripada bau petai. Masyarakat orang asli dan orang Melayu sangat menggemarinya. Ia mampu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

7. Produk Kesihatan Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Terdapat juga produk di pasaran yang boleh membantu mengawal kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Contohnya Jus Lega yang mengandungi 100% ramuan semula jadi tanpa bahan pengawet dan bahan berasaskan haiwan.

Antara ramuannya seperti bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu yang sangat baik untuk membantu kita hidup lebih sihat.

cara mengawal darah tinggi

Makanan yang baik bukan sahaja dapat membantu mengurangkan darah tinggi malahan juga dapat memberikan kesihatan tubuh badan yang baik. Amalkan gaya pemakanan sihat supaya badan anda tampak lebih cergas.

Rujukan

Blood Pressure UK. (2008). Retrieved from What is high blood pressure?: http://www.bloodpressureuk.org/BloodPressureandyou/Thebasics/Whatishigh

Ellis, M. E. (2017). Healthline. Retrieved from 3 Foods That Are Good For High Blood Pressure: https://www.healthline.com/health/foods-good-for-high-blood-pressure

Hassan, N. (2003). Utusan Online. Retrieved from Kesihatan, darah Tinggi Pembunuh Senyap: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Pendiidkan Pesakit. (2017). Retrieved from Mengenai Tekanan Darah Tinggi: http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/mengenai-tekanan-darah-tinggi/

Sujaidi Dasuki, 202 Khasiat Herba: Kaedah Alternatif Rawat Penyakit (2011),

Selangor : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge