4 Cara Merawat Eczema Pada Bayi

Kenali Eczema

Salah satu masalah yang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak adalah penyakit eczema atau disebut juga ekzema dalam Bahasa Melayu. Ia adalah masalah berkaitan kulit yang menyebabkan bengkak, gatal dan ruam merah.

Kulit bayi akan kelihatan seperti melecur dan berair. Sakit? Sudah semestinya kerana bayi akan kerap menangis.

Ekzema biasanya terjadi di muka, pergelangan tangan, siku dan juga lutut. Bayi dan kanak-kanak yang menghidap eczema adalah di bawah 5 tahun. Berita baiknya, ia bukan satu jangkitan.

Jadi, perlu kaedah untuk merawat eczema kepada bayi anda kerana semuanya bergantung kepada sekuat mana usaha anda berkorban untuk kesembuhan merawat bayi tercinta.

Kenapa Terjadi Eczema?

Ada beberapa sebab terjadinya eczema antaranya:

  • Keturunan. Jika ibu dan bapa pernah menghidap eczema, maka kemungkinan tinggi bayi juga akan terkena eczema.
  • Jangkitan virus
  • Penggunaan sabun atau bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit.
  • Alahan kepada makanan dan persekitaran
  • Kulit yang sensitif kepada kain, kering dan kain berbulu
  • Pencemaran udara
  • Cuaca yang panas
  • Berpeluh

Tanda-tanda Eczema:

  • Tompok merah pada muka, badan dan tangan
  • Kulit kemerahan dan merekah
  • Bengkak-bengkak kecil yang berair
  • Kawasan kulit akan terkoyak
  • Rasa gatal selalunya akan lebih ketara pada waktu malam

muka-eczema-bayi

tangan-eczema-bayi

Jadi, kita sudah mengetahui punca dan tanda. Apakah cara untuk merawat eczema? Jom baca perkongsian kami di bawah:

1. Jika bayi atau anak anda menunjukkan tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Doktor dapat membuat pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai.

2. Ubat pencegah gatal

3. Menggunakan losyen atau krim pelembab seperti Tropika Baby Herbal Cream yang tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak. Kulit bayi yang kering sangat terdedah dengan alahan kulit.

tropika-baby-herbal-cream

Tropika Baby Cream untuk Eczema

4. Penggunaan antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Andai bayi dan anak anda sekarang menghadapi eczema, kami di Delocal.my mendoakan semoga cepat sembuh dan kembali sihat dan ceria.

Sumber bacaan: myhealth.gov.my

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge