Cara Membuat Iklan Berkesan Untuk Perniagaan

Poster 23/04/2019 No Comments

Cara Membuat Iklan Berkesan Untuk Perniagaan

Sesebuah perniagaan berkembang dan maju disebabkan oleh pemasaran yang aktif. Semakin luas pemasaran dibuat, semakin dikenali ramai syarikat tersebut. Salah satu teknik pemasaran adalah membuat iklan dengan berkesan.

Bagaimana cara membuat iklan berkesan? Jom baca perkongsian kami.

1. Tajuk Iklan yang Menarik

Setiap iklan sama ada di internet ataupun di surat khabar mempunyai tajuk. Pelanggan hanya mempunyai beberapa saat untuk tarik perhatian pada tajuk.

Jika kita baca pada tajuk, secara automatik akan mula tertarik dengan kandungan berikutnya. Tajuk iklan perlu menarik tetapi jangan sampai menipu untuk menarik perhatian pembaca.

Cuba kita lihat tajuk pada akhbar seperti Harian Metro. Tajuknya meransang otak untuk kita membaca lagi dan lagi.

2. Kata Kunci yang Dicari Pengguna (Keyword)

Majoriti daripada kita membuat carian penyelesaian, info atau bantuan di Google. Kita hanya taip beberapa kata kunci dan hasilnya beribu-ribu laman web menyediakan maklumat tersebut.

Jika kita ingin membuat iklan di internet dengan berkesan, gunakan kata kunci yang di cari pengguna. Contohnya, anda mempunyai sebuah homestay di Sungai Petani. Anda namakan homestay tersebut Homestay Idaman Hijau.

Anda buat iklan di sebuah laman iklah seperti di Mudah.my atau Delocal.my.

Apa perlu anda tulis di iklan tersebut? Apa kata kuncinya?

Jawapannya ada Homestay Sungai Petani. Ini yang bakal pelanggan cari mungkin untukk tujuan perlancongan atau ziarah saudara-mara. Mereka tidak akan buat carian Homestay Idaman Hijau kerana ini tidak penting

Dua kata kunci penting adalah Homestay dan Sungai Petani.

Jadi, kata kunci adalah sangat penting untuk membawa pelanggan ke iklan anda.

3. Maklumat Lengkap dalam Iklan

Cara membuat iklan berkesan adalah memberi segalanya kepada pelanggan. Anggap mereka tidak tahu mengenai servis dan perkhidmatan anda. Ya, mereka tidak tahu dan mereka perlu tahu semuanya.

Dalam kandungan iklan anda perlu ada:

Masalah yang ingin anda selesaikan. Jika anda menawarkan homestay, jadi anda tawarkan keselesaan, harga berpatutan dan dekat dengan destinasi yang dituju. Pelanggan inginkan hasil akhir atau penyelesaian dalam setiap masalah mereka.

Penyelesaian anda tawarkan membantu merea yang berada jauh untuk mudah bergerak dan selesa dalam penginapan.

Kemudian jelaskan apa yang terjadi jika mereka ragu-ragu dengan perkhidmatan anda. Anda boleh berikan kelonggaran dengan menerima deposit terlebih dahulu. Baki selepas mereka selesai menginap. Jadi kos permulaan menjadi lebih rendah dan mampu.

Apa jadi jika pelanggan tidak terima tawaran anda? Jelaskan risiko yang mereka mungkin hadapi seperti membayar harga mahal untuk hotel, jauh dari tempat destinasi dan mungkin kurang selesa.

4. Nombor Telefon atau Email untuk Dihubungi

Ini adalah perkara paling penting perlu ada dalam iklan. Tidak kira sebaik mana iklan anda, tanpa dua benda ini bagaimana mereka ingin bertindak?

Lebih baik, ulang beberapa kali dalam kandungan iklan supaya mereka jelas untuk menghubungi anda.

5. Letak Lebih dari 3 Gambar

Gambar sangat penting untuk iklan. Mengikut kajian lebih 60% kecendurangan untuk iklan mendapat perhatian pelanggan jika mempunyai gambar.

gambar-iklan-menarik

Letakkan gambar yang paling menarik dan semestinya menyelesaikan masalah pelanggan. Contohnya dalam iklan homestay, letak gambar luar homestay yang bersih, dalaman yang kemas dan persekitaran yang menarik.

Lebih baik, letak gambar pelanggan yang sedang menggunakan perkhidmatan atau produk anda.

6. Buat Pelanggan Bertindak (Call to Action)

Selepas selesai buat iklan, pada akhir kandungan, minta pelanggan bertindak. Contohnya, “Hubungi Sekarang”, “Sementara Stok Masih Ada”, “Whatsapp Kami Untuk Harga Diskaun”.

Boleh kongsikan bagaimana anda membuat iklan dengan berkesan?