7 Makanan Sihat Untuk Rawatan Tekanan Darah Tinggi

Antara penyakit yang sering menghantui rakyat Malaysia adalah tekanan darah tinggi. Jika digabung dengan kencing manis dan sakit jantung, maka sudah boleh dikategorikan sebagai penyakit tiga serangkai. Kombinasi penyakit yang menakutkan.

Mengikut kajian, kadar masalah tekanan darah tinggi di Malaysia untuk orang dewasa 18 tahun ke atas mencecah 30% dan individu yang mengalami masalah ini tidak menyedari dia berisiko tinggi.

Tiada masalah tanpa penyelesaian. Tiada penyakit tanpa ubat.

Selagi ada ruang, peluang dan masa setiap penyakit boleh diubati termasuk juga tekanan darah tinggi. Bijak pandai sering menasihati, cegah itu lebih baik daripada merawat. Ya, betul!

Jadi, untuk artikel kali ini kali kongsikan 7 makanan sihat yang dapat membantu merawat tekanan darah tinggi. Ianya adalah satu ikhtiar untuk hidup lebih sihat dan bahagia.

Jom baca perkongsian kami.

1. Sayur-sayuran

Di dalam semua tips dan panduan sihat, amalan memakan sayur-sayuran sangat digalakkan. Sayuran hijau berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi mempunyai kalium yang membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama meningkatkan pengaliran darah.

sayur-sayuran-rawatan-darah-tinggi

Ada orang tidak suka sayur-sayuran kerana pahit. Jika makan di kedai, sedaya upaya mengasingkan satu persatu sayuran yang dicampur dalam makanan. Walaupun ada kalanya sedikit pahit, tetapi banyak mengandungi manfaat pada kesihatan badan.

2. Buah-buahan Hijau

Makan buah! Itu pesan orang tua-tua jika mahu kekal sihat. Memang betul. Buah-buahan tidak kira tempatan atau luar negara sangat baik untuk kesihatan diri. Ada buah kaya dengan vitamin C seperti limau. Ada buah kaya dengan serat tinggi.

Untuk merawat tekanan darah tinggi, salah satu buah yang disyorkan adalah epal hijau. Tahukah anda epal hijau mengandungi banyak zat seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B.

cara mengawal darah tinggi

Petuanya, makan bersama dengan kulitnya kerana terdapat kandungan vitamin C berada di bawah kulitnya. Epal hijau bagus dalam mengawal kolestrol badan yang merupakan satu punca terjadinya tekanan darah tinggi.

3. Amalkan Makanan Kurang Kolestrol

Punca utama terjadinya tekanan darah tinggi adalah kandungan kolestrol ‘jahat’ yang menyebabkan saluran arteri tersumbat. Sebagai langkah pencegahan, kurangkan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan laut dan lemak haiwan.

Makanan laut seperti udang, ketam,sotong, kerang  dan siput mengandungi kandungan kolestrol tinggi. Selain itu, makanan laut juga tidak baik kerana bimbang terjadinya penyakit gout.

4. Makanan Kurang Masin

Ada beza antara makanan masin dan bergaram. Makanan masin adalah makan yang terlebih garam seperti ikan masin, ikan bilis, telur masin dan pekasam. Tetapi bagi kita khususnya masyarakat Melayu, makanan masin begini yang menjadi pilihan. Makan dengan nasi panas pun sudah habis banyak pinggan.

Bukan tidak boleh makan tetapi kurangkan kerana bersederhana masin itu lebih baik.

5. Amalkan Minum Jus Lemon

Jus lemon, air limau nipis, limau kasturi  khususnya selepas makan daging. Kebaikan air limau ni boleh mencairkan lemak-lemak dalam badan juga baik sebagai anti radang.

Lemon mengandungi pactin dan potassium dapat membantu melancarkan peredaran darah dan pada masa yang masa mengurangkan tekanan darah. Salah satu minuman berasaskan lemon yang baik di pasaran adalah Minuman Botani Lemonex yang baik dengan kebaikan grapefruit (limau gedang), lemon, asid sitrik dan gula nano yang kaya dengan vitamin C.

6. Makan Ikan Salmon

Menurut buku Healing Foods, ikan salmon dikategorikan sebagai ikan tinggi Omega-3 dan DHA yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah. Selain mengawal kolestrol, ikan salmon juga baik untuk kesihatan jantung.

ikan-salmon-darah-tinggi
ikan salmon

Harga ikan salmon di pasaran agak tinggi. Namun, untuk kesihatan boleh kiranya kita mengamalkan makan ikan salmon. Bak kata orang, duit boleh dicari.

7. Tingkatkan Makanan Tinggi Serat.

Serat selain mengawal darah tinggi juga bagus untuk agen lawas dalam perut. Contoh makanan tinggi serat seperti oat, gandum. Sumber kalium dan magnesium dapat mengawal tekanan darah tinggi.

Semoga bermanfaat untuk diet seharian kita.

Sumber rujukan: Myhealth.gov.my

Kongsikan Bersama Rakan:

One thought on “7 Makanan Sihat Untuk Rawatan Tekanan Darah Tinggi

  1. 5 Kebaikan Susu Untuk Kesihatan Badan - Delocal.my

    […] baik untuk kebaikan jantung. Apabila jantung dalam keadaan sihat, risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi juga dapat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge