5 Tips Hilangkan Kembung Perut Bayi

Kembung perut adalah perkara biasa yang terjadi kepada bayi. Terdapat beberapa cara untuk hilangkan kembung perut bayi. Ada petua tradisional mahupun rawatan secara moden.

Bayi yang berumur dari beberapa minggu hingga empat bulan sering menghadapi masalah ini. Antara tanda awal bayi kembung perut adalah menangis. Mereka tidak boleh bercakap, jadi tangisan adalah petanda awal untuk kita bertindak sewajarnya.

Jadi, apakah tips untuk hilangkan kembung perut bayi? Kami kongsikan untuk manfaat bersama.

1. Tenangkan Bayi

Cara paling cepat adalah dukung bayi anda semasa menangis dan tenangkan dengan urut belakang badannya. Bila tenang secara psikologi bayi kurang menangis.

Kemudian bedungkan serta letakkan di dalam katil bayi. Pastikan suasana senyap dan gelap untuk bayi berehat.

2. Lakukan Urutan Khas Menggunakan Minyak Herba

Lakukan urutan seperti I Love U atau Tiger In The Tree. Boleh cari di Youtube, ada langkah demi langkah untuk panduan ibu bapa di rumah.

Urutan I Love U adalah urutan membulat mengikut arah jam pada perut bayi. Gunakan minyak herba yang sesuai dengan bayi anda. Pastikan tidak panas dan selamat digunakan pada kulit bayi yang nipis.

Antara kandungan herba di dalam minyak bayi di pasaran adalah minyak kayu
putih (Meialeuca Leucadenra). Ia berperanan sebagai antiseptik, mengurangkan kepanasan ketika demam, anti sakit saraf, mengeluarkan angin dan mencegah
kemasukan angin dalam badan.

tropika-baby-herbal-cream-kembung-perut

Tropika Baby Herbal Cream sesuai untuk bayi kembung perut.

 

Kemungkinan bayi anda akan terkentut selepas di urut dan mereka akan tersenyum lega sambil tidur lena.

3. Pastikan Bayi Menyusu Dengan Betul

Pastikan mulut dan badan bayi berada dalam kedudukan yang betul semasa menyusu.

Ada 4 posisi menyusu badan yang biasa digunakan iaitu Posisi Cradle Hold, Posisi Reverse Cradle Hold, Posisi Berbaring dan Posisi Football Hold.

Kebiasaannya bayi menyusu sehingga 40 minit satu sesi, jadi pemilihan posisi yang betul ini sangat membantu ibu selesa dan sistem pencernaan bayi.

Begitu juga jika bayi menyusu dengan botol, pilih saiz puting yang bersesuaian, tidak terlalu condong bagi mengelakkan tiada angin yang masuk dan menyebabkan kembung.

Elakkan meninggalkan bayi seorang diri ketika menyusu selain mengelakkan kembung, ia juga mengelakkan daripada tersedak susu.

4. Ibu Menyusu Disarankan Amal Diet Yang Sesuai

Antara punca bayi menyusu badan kembung kerana diet yang diamalkan oleh ibu mereka. Cuba pelbagai jenis makanan dan lihat makanan mana yang tidak sesuai dengan bayi anda.

Setiap orang berbeza penerimaan kepada makanan. Sesetengah ibu boleh makan sayuran yang dikatakan angin seperti kekacang, tetapi ada juga ibu yang tidak mengalami gangguan angin selepas mengambil makanan ini.

Ada juga ibu yang boleh makan makanan berempah ada yang tidak. Dua kajian menunjukkan bayi yang ibunya mengamalkan bawang putih lebih berkemungkinan menyusu lebih lama. Ramai bayi nampaknya suka kepelbagaian rasa dalam susu ibu mereka.

5. Cuba Tukar Susu Formula

Sekiranya kembung perut bayi anda berterusan, antara penyelesaian lain adalah cuba tukar susu formula yang lebih sesuai.

Ada bayi yang sesuai dengan susu lembu, susu soya atau susu kambing. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, sesetengah bayi mengalami masalah Alahan Protein Susu Lembu atau dikenali sebagai CMPA (Cows Milk Protein Allergy).

Ia alahan makanan yang kerap dialami kanak-kanak di Asia melibatkan tiga daripada 100 bayi. Ia berlaku disebabkan kekurangan laktase iaitu enzim yang dihasilkan oleh
lapisan usus kecil manusia.

Ia berfungsi mencerna gula laktosa dalam susu. Namun jangan risau, semakin usia bayi meningkat mereka akan bebas daripada alahan susu ini.

Lakukan lima tips mudah ini di rumah sekiranya bayi anda menunjukkan simptom
kembung perut yang biasa. Jika ada tanda-tanda lain seperti demam, cirit birit dan
buang air berdarah segera dapatkan rawatan di klinik terdekat anda.

Rujukan :
Zubaidi Ahmad, Hindari Alahan Protein Susu. Daripada
http://drzubaidi.com/blog/hindari-alahan-protein-susu/

Farah Norashiyqin Abdul Halid (2017). Rawatan Masalah Bayi Kembung. Harian Metro Julai 2017, daripada https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/07/245057/rawatan-masalah-bayi-kembung

(2014) Adakah Selamat Memakan Makanan Berempah Semasa Hamil atau
Menyusukan. Daripada https://www.babycenter.com.my/a25008509/adakah-selamat-memakan-makanan-berempah-semasa-hamil-atau-menyusukan

Rosanna Chio. Sebelum Menyusu Bayi, Pastikan Anda Tahu 5 Ilmu dan Cara Susukan
Bayi Ini Dulu. Daripada https://my.theasianparent.com/posisi-menyusu-bayi/

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge