5 Tips Bijak Sebelum Membeli Produk Kesihatan Online

Trend membeli secara online sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia. Dengan akses internet yang boleh diperoleh hampir di seluruh pelusuk tanahair, semua orang dapat membeli dengan mudah.

Duduk di rumah, pejabat mahupun di kawasan pedalaman tidak menjadi masalah untuk barangan idaman sampai ke tangan anda. Asalkan ada akses internet dan pembankan internet, semua boleh dibeli.

Ada pelbagai barangan dijual di internet sama ada di blog, website, Facebook, Instagram atau Twitter. Antara produk yang popular dan sering mendapat permintaan tinggi adalah produk kesihatan. Produk kesihatan terbahagi mengikut jantina dan majoriti daripada pembeli adalah di kalangan wanita.

Namun perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana lambakan produk kesihatan di internet tidak bermakna semuanya bagus. Ada yang indah khabar dari rupa. Meletup iklan sana-sini tetapi produknya tidak membantu menyelesaikan masalah pengguna.

Jadi, berdasarkan pengalaman, kami kongsikan 5 panduan bijak membeli produk kesihatan online. Jom baca dan ambil manfaat:

1. Saranan (Recommend) Daripada Rakan Karib

Bagi kami ini jawapan paling bijak sebelum membeli produk online. Rakan karib pasti mahukan yang terbaik untuk anda. Segala informasi mengenai kebaikan dan keburukkan akan dikongsi dari hati ke hati tanpa rasa selindung.

Anda sangat bertuah jika produk kesihatan yang ingin dibeli sudah digunakan oleh rakan karib. Mereka sudah ada pengalaman menggunakan produk kesihatan yang anda idamkan.

Anda jimat masa, tenaga dan kos untuk membuat carian maklumat produk di Google. Pada masa yang sama, keyakinan untuk membeli secara online akan menjadi bertambah tinggi kerana bantuan daripada sahabat sendiri.

2. Testimoni dan Ulasan Daripada Pihak Ketiga

Di website jualan produk, testimoni biasanya daripada pengguna produk tersebut. Mungkin benar atau mungkin juga tipu kerana ada sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab akan membuat apa sahaja, asalkan ada jualan dan untung.

Jadi, jalan paling bijak adalah membaca testimoni atau ulasan daripada pihak ketiga. Pihak ketiga ini adalah mereka yang tiada kepentingan kepada produk (peniaga atau pemilik produk). Mereka semata-mata pembeli dan pengguna produk kesihatan tersebut.

Oleh yang demikian, ulasan daripada mereka lebih telus, benar dan boleh dipercayai.

3. Forum Membincangkan Berkaitan Produk Kesihatan

Di negara kita, ada banyak forum yang membincangkan mengenai baik buruk sesuatu produk kesihatan. Ada forumer akan bertanya, ada yang menjawab, ada yang memberi pendapat dan sebagainya.

Daripada informasi forumer-forumer ini, kita akan dapat banyak informasi mengenai produk kesihatan tersebut. Ia akan menjadi satu panduan yang sangat berguna sebelum bertindak membeli secara online.

Forumer-forumer ini sangat ikhlas membantu dan memberi komen. Jika tidak baik, mereka akan katakan tidak. Jika baik, mereka akan menyokong tanpa rasa sangsi.

Antara forum-forum terkenal di Malaysia seperti CarigoldCari.com.myWangCyberRatuHati dan Lowyat.net. Banyak informasi hebat yang dapat dikutip daripada forum-forum ini.

4. Facebook Komen

Tidak sah jika tidak gunakan Facebook. Media social paling berpengaruh dan popular di dunia termasuk Malaysia. Di Facebook, kita boleh buat bacaan di Fanpage pemilik produk kesihatan yang kita inginkan. Buat bacaan di setiap bahagian komen daripada pengunjung.

Daripada maklumbalas pengunjung tersebut, kita boleh menilai sendiri kebaikan atau keburukan produk kesihatan tersebut.

5. Enjin Carian Google atau Yahoo

Jika diikutkan, mencari penyelesaian melalui enjin carian seperti Google, Yahoo atau Bing adalah lebih baik kerana hasil carian akan membawa terus kepada laman web berkaitan. Berbeza dengan Facebook, kita perlu mengetahui fanpage atau profile penjual.

Hasil carian di Google contohnya akan membawa kita kepada banyak jawapan. Ada jawapan di blog, forum, kajian pakar, gambar dan juga video.

Pengguna Bijak Menghasilkan Keputusan Terbaik

Jadilah pengguna bijak, ambil masa dengan membuat kajian, bacaan dan pertanyaan sebelum melabur wang membeli produk kesihatan secara online.

Jika tersilap langkah, bimbang membawa bencana kepada diri sendiri dan keluarga. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk anda.

Team Delocal.my

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge