5 Tips Berpantang untuk Ibu Muda

Berpantang adalah fasa yang sangat penting bagi seorang ibu. Hal ini kerana berpantang dianggap sebagai fasa pemulihan diri sepenuhnya selepas proses melahirkan.

Umum mengetahui bahawa proses melahirkan menuntut tenaga yang bukan sedikit. Oleh sebab itu, fasa berpantang selama 44 hari dianggap sebagai fasa penting bagi para ibu untuk memulihkan tahap kesihatan dalaman dan luaran mereka.

Seterusnya, apabila bercakap mengenai fasa berpantang, pastinya terdapat perkara yang menjadi dilema bagi para ibu muda antaranya ialah cara berpantang yang boleh diikuti oleh mereka samada mengikut petua yang diamalkan pada zaman dahulu atau mengikut nasihat pakar perubatan pada masa kini.

Tidak dinafikan kedua-dua cara ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Oleh itu, para ibu perlu bijak dalam memilih cara berpantang yang boleh diamalkan bagi membantu memulihkan kesihatan dalaman dan luaran mereka.

Tambahan lagi, seiring dengan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini, para ibu tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan maklumat dan info kesihatan yang tepat kerana segalanya boleh diperoleh dengan mudah dan hanya berada dihujung jari.

Jadinya, kami ingin kongsikan kepada anda 5 tips berpantang untuk ibu muda.

1. Makan makanan yang sihat dan seimbang

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang amat penting bagi para ibu terutamanya selepas proses melahirkan anak.

Pengambilan makanan yang kaya dengan zat nutrisi boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka selain memulihkan tisu-tisu badan. Ianya baik untuk kekal sihat untuk aktiviti menyusu bayi kelak.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan para ibu yang sedang berpantang untuk makan suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan sayur dan juga buah.

2. Minum Air Masak Secukupnya

Tips berpantang untuk ibu muda yang kedua ini sangat penting. Ada sesetengah masyarakat menghalang ibu berpantang untuk minum air yang banyak.

Mereka bimbang peranakan kembang atau sejuk. Ini kepercayaan yang salah.

Pengambilan air yang secukupnya iaitu 2 liter ke 3 liter ketika fasa berpantang adalah amat penting.

Pengambilan air yang secukupnya akan dapat membantu para ibu untuk menghasilkan susu ibu dalam kuantiti yang banyak berikutan susu ibu mengandung komponen air yang tinggi.

Selain itu, pengambilan air yang secukupnya juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

Para ibu juga digalakkan untuk meminum air akar kayu dan jamu semasa berpantang bagi membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim selain mengembalikan kesegaran tubuh badan.

3. Berbengkung

Berbengkung adalah salah satu cara yang boleh diamalkan oleh para ibu ketika dalam fasa berpantang.

Bengkung boleh dipakai dari hari keempat sehinggalah tamat fasa berpantang.

Pemakaian bengkung yang kemas akan dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.

Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama ketika menyusukan anak.

Contoh produk terbaik yang terdapat di pasaran adalah Set Berpantang Nona Roguy. Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.

4. Bertungku

Menurut Dr Rusyainie Ramli, seorang doktor perubatan, bertungku boleh dilakukan ketika dalam fasa berpantang.

Hal ini kerana bertungku membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.

Peredaran darah yang baik akan membantu melegakan rasa sakit dan lenguh di bahagian otot yang terbabit, meningkatkan fleksibiliti otot dan juga membantu menyahkan bahan buangan.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diingatkan iaitu ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan, batu tungku tidak boleh dibiarkan selama lebih 30  minit di satu-satu tempat kerana ia boleh menyebabkan pengecutan saluran darah di bahagian tersebut serta ia tidak boleh dilakukan di bahagian luka yang disebabkan oleh pembedahan secara caesarean atau luka episiotomy.

5. Berurut

Para ibu digalakkan untuk berurut ketika dalam fasa berpantang bagi melancarkan aliran darah.

Berurut boleh membantu mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf dipinggang, tumit dan lutut disamping memberi rasa ketenangan dan kedamaian kepada si ibu.

Terdapat pelbagai tips berpantang untuk ibu muda semasa dalam fasa berpantang. Amalan berpantang perlu dilakukan dengan sebenar-benarnya bagi memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik untuk jangka masa yang panjang.

Bila ibu sihat mereka akan menghasilkan susu yang banyak jadi bayi juga akan sihat dan cepat membesar.

Rujukan

Ramli, D. R. (2017). Retrieved from https://www.facebook.com/rusyainie.ramli

Saat, N. F. (n.d.). Retrieved from https://blog.pantangplus.com/tips-berpantang-selepas-bersalin-doktor/

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge