5 Panduan Penting Memilih Produk Kesihatan

Saban hari kita melihat lambakan produk kesihatan di pasaran. Sama ada di kedai jamu, pasaraya dan juga di website. Kehadiran banyak produk kesihatan menceritakan betapa tingginya permintaan pengguna dalam menjaga kesihatan.

Produk kesihatan yang membawa kebaikan pasti menjadi pilihan pengguna. Semua orang mahu kekal sihat, cergas dan cerdas.

Secara umumnya, kita dapat lihat pelbagai jenama dengan pelbagai fungsi. Ada yang menawarkan rawatan khusus kepada sesuatu masalah kesihatan. Ada juga yang menawarkan pelbagai khasiat hanya dengan mengamalkan satu produk.

Khas untuk artikel kali ini, kami kongsikan lima (5) panduan penting dalam memilih produk kesihatan. Ini sangat mustahak sebelum membuat keputusan membeli sesuatu produk kesihatan.

Jom baca!

1. Kelulusan Daripada Kementerian Kesihatan (KKM)

Produk yang lulus KKM adalah selamat digunakan. Kita boleh guna dan amalkan dengan yakin. Produk kesihatan mahupun kecantikan sering dikaitkan dengan keselamatan diri. Jadi, amat penting mendapat kelulusan daripada pihak berwajib yang bertauliah.

Ada produk yang diminum, dimakan dan disapu. Tanpa kelulusan dari KKM, jangan sesekali menggunakannya sebab risiko keselamatan sangat tinggi.

Ada baiknya diperiksa pada label produk. Biasanya ada nombor dan kod KKM atau badan berikhtiraf yang memberi kelulusan kepada produk tersebut. Pada masa sekarang, anda boleh baca cara menyemak status KKM secara online. Semuanya hanya di hujung jari.

2. Baca Kandungan Produk

Pastikan bahan atau kandungan yang digunakan tidak berbahaya kepada kesihatan.  Contohnya Hydroquinone yang merupakan bahan kimia yang digunakan dalam produk kosmetik. Tujuannya untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Jadi, kulit akan kelihatan putih dan cerah.

Sebenarnya, penggunaan hydroquione yang tidak terkawal dan berlebihan akan merosakkan kulit, mengelupas dan semakin nipis. Tahukah anda, bahan ini digunakan dalam memproses getah.

Dengan adanya media sosial seperti Facebook, kita boleh mencari maklumat bahan yang digunakan dengan lebih mudah kerana ada pengalaman daripada pelanggan yang sudah menggunakannya. Komen dan review mereka lebih ikhlas dan membantu.

3. Baca Fungsi Produk

Sesuaikan fungsi produk dengan masalah yang dihadapi. Jika batuk, elok dapatkan ubat batuk jangan minum ubat sakit tekak kerana kesannya tidak sesuai dengan masalah.

Fungsi produk kesihatan ada ditampal pada botol atau kotak produk. Ada juga disediakan panduan dalam bentuk kertas khas untuk pengguna jadikan panduan. Baca fungsi ubat sehingga kita benar-benar faham sebelum mula membeli.

Penggunaan produk yang salah daripada saranan pembekal adalah sangat berbahaya kerana dibimbangi membawa kesan kesihatan yang lebih serius.

4. Baca Panduan Penggunaan Produk Kesihatan

Produk kesihatan biasanya diamalkan selepas makan. Ada yang 2 kali sehari, ada 3 kali sehari. Sebaiknya amalkan panduan penggunaan yang telah disediakan kerana bimbang jika terlebih akan memudaratkan tubuh badan.

Ada juga elok diamalkan sebelum makan. Apa pun panduannya, baca sehingga faham dan jelas. Jika kurang jelas, sebaiknya hubungi penjual.

Contoh, produk merawat sakit pinggang untuk ibu mengandung iaitu Biobax digunakan secara spray. Tidak boleh diminum kerana mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan lain.

5. Elak Membeli Produk Kesihatan Yang Kurang Berjenama

Produk yang berjenama, dikenali dan menjalankan kajian saintifik adalah lebih baik. Kita bimbang jika produk kurang berjenama, ianya jenis ‘tangkap muat’ atau ‘asal ada’ sahaja. Pengeluar produk murahan sebegini tidak menitik beratkan keselamatan pengguna, hanya mementingkan keuntungan duit semata-mata.

Contohnya, jika demam, kita lebih selesa makan Panadol kerana jenama dan terbukti keberkesanannya. Begitu juga batuk, kita akan cari jenama ubat batuk yang berjenama kerana keyakinan dan kepercayaan kepada produk tersebut.

P.S. Rajin-rajin membaca sebelum membuat keputusan untuk guna.

-MZI-

Kongsikan Bersama Rakan:

2 thoughts on “5 Panduan Penting Memilih Produk Kesihatan

  1. AyuSabrina

    Saya sangat bersetuju dengan 5 panduan semasa memilih produk kesihatan. Antara tips yang utama juga ialah ia dari bahan semulajadi, selamat dan berkesan.

    1. delocal

      Yup. Kita juga yakin untuk menggunakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *