5 Kebaikan Susu Untuk Kesihatan Badan

Susu adalah antara minuman tambahan (supplement) yang sangat baik. Kebaikan susu untuk kesihatan badan menjadikan tubuh badan sentiasa sihat dan kekal bertenaga setiap hari. Mengikut piramid makanan, susu berada di kedudukan ketiga terpenting dengan pengambilan sekurang tiga kali sehari.

Mengikut kajian oleh Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman. Susu ibu mendahului ranking susu terbaik.

Diikuti dengan susu kambing dan akhir sekali adalah susu lembu. Para doktor lebih menyarankan susu ibu kepada bayi baru lahir kerana khasiatnya yang tinggi. Percuma pula tu!

piramid makanan susu
Kedudukan susu pada Piramid Makanan. Kredit image Eratuku.

Tahukah anda, Piramid Makanan adalah jadual yang sangat bermanfaat untuk kita mengamalkan makanan seimbang. Selain memberi kebaikan kepada tubuh badan, makanan seimbang juga dapat mencegah penyakit berjangkit yang kebanyakkannya berpunca daripada perut.

Nabi Muhammad s.a.w (bacalah selawat ke atas baginda) telah menyebutkan:

 "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat Muslim)

Jadi, jika dilihat pada Piramid Makanan, susu amat disarankan sebagai diet harian. Jom kita baca lima (5) kebaikan susu untuk kesihatan badan:

#1. Menguatkan Sistem Ketahanan Badan

Sistem ketahan badan (imunisasi) penting untuk melawan penyakit yang menyebabkan badan tidak bermaya. Susu mempunyai antibodi iaitu daya lawan penyakit. Contoh terbaik adalah susu ibu yang mengandungi sel darah putih dan Immunoglobulin A bagi mengurangkan risiko penyakit kepada bayi dan juga ibu.

COLOSKIM Skim Milk And Colostrum Mix Zhulian

Susu Coloskim yang baik untuk ketahanan badan

#2. Tinggi Kandungan Protein Membantu Membakar Kalori

Minuman susu tinggi protein mencetus tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga yang lebih (berbanding diet karbohidrat) untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan. Jadi, amat baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan dan menjadi lebih kurus.

Antara susu yang dapat membantu mengurangkan berat badan adalah Susu Coloskim Zhulian. Ia mempunyai leptin yang menghalang pembentukan lemak baru dalam badan.

#3. Kalsium untuk Menguatkan Tulang

Mengikut Dr Tee E Siong, Pakar Pemakanan & Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, tubuh badan manusia memerlukan kalsium yang mencukupi untuk menguatkan tulang. Ini kerana tulang menjalankan sebahagian besar pergerakan badan seperti  melindungi otak dan juga jantung.

Sekitar 99 peratus daripada kalsium tubuh berada di dalam tulang dan antara sumber makanan yang dapat memberikan kalsium adalah susu dan hasil tenusu (keju dan yogurt).

#4. Menguatkan Jantung serta Melancarkan Aliran Darah

Kebaikan susu untuk kesihatan badan kerana ia mengandungi Omega 3 sangat baik untuk kebaikan jantung. Apabila jantung dalam keadaan sihat, risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi juga dapat dikurangkan.

Antara susu di pasaran yang menawarkan penyelesaian ini adalah jenama Anlene dengan HEART-PLUS mengandungi MoveMax dan HeartMax nutrien yang sesuai untuk kesihatan jantung dan juga pergerakan badan.

susu menguatkan jantung
Susu menguatkan jantung

#5. Baik untuk Kecerdasan Minda

Bagi seorang pelajar, meminum susu sangat baik untuk menguatkan ingatan.  Susu mempunyai dua unsur semulajadi iaitu lemak dan air untuk pertumbuhan otak.

Amalkan susu untuk kesihatan harian. Banyak kebaikan susu untuk badan. Cari susu di pasaran sama ada susu kambing atau susu lembu. Pilih yang terbaik untuk tubuh badan anda.

Sehingga berjumpa lagi.

Sumber rujukan: Institut Sains Negara

Kongsikan Bersama Rakan:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge