5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi (hypertension) adalah penyakit yang biasa kita dengar melanda rakyat Malaysia. Kita perlu langkah bijak dan berdisplin untuk menurunkan tekanan darah tinggi agar tidak menjadi serius.

Kesan buruk jika tidak dikawal dan dirawat boleh menyebabkan masalah lebih serius seperti angin ahmar (strok), serangan jantung dan penyakit buah pinggang.

Tekanan darah normal dan sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg.

Tekanan darah tinggi diukur apabila bacaan darah berada pada 140/90 mm Hg dan ianya tidak mengira usia. Untuk makluman, nombor pertama adalah tekanan jantung mengalirkan darah ke tubuh badan (tekanan sistolik). Manakala, nombor kedua adalah tekanan jantung pada ketika rehat (tekanan diastolik).

Menurut Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) pada 2015 mendapati:

  • 6.1 juta penduduk Malaysia mempunyai masalah tekanan darah tinggi
  • 9.6 juta penduduk Malaysia pula mengalami paras kolestrol tinggi

Statistik yang sangat membimbangkan kerana meliputi sebahagian besar rakyat Malaysia. Maksudnya, kebanyakkan rakyat tidak sihat dan berpenyakit serius.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Itu pasti. Jadi, jika sudah terjadi, apakah cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi?

Jom baca perkongsian kami di bawah:

1. Kawal dan kurangkan berat badan

Berat badan berlebihan sememangnya menjadi punca penyakit darah tinggi. Bukan itu sahaja, ianya boleh menyebabkan kegemukkan melampau (obesity), sakit jantung dan masalah pernafasan.

Cara paling mudah mengawal berat badan adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Perut yang tidak ‘dijaga’ boleh menjadi tempat paling banyak datangnya penyakit. Jadi, kawal pemakanan dapat mengawal berat badan.

Makan ketika lapar dan berhenti ketika kenyang, bererti makan dalam keadaan sederhana.

2. Aktiviti senaman secara kerap

3 hingga 4 kali bersenam. Setiap sesi antara 30 ke 45 minit seminggu.

Jika pekerja di pejabat yang mungkin tidak berkesempatan, boleh gunakan tangga berbanding lif.

Tahukah anda, dengan berjalan sejauh 10,000 langkah sehari dapat membakar lebih 300 kalori atau bersamaan sepinggang kueytiaw.

3. Kurangkan tekanan tempat kerja

Nak mengurangkan tekanan kena kurangkan tekanan. Mudah sahaja formulanya. Kita maklum, bebanan kerja seharian ditambah dengan majikan yang mendesak boleh menjurus kepada tekanan berlebihan. Natijahnya, penyakit darah tinggi mudah terjadi.

Seimbangkan waktu kerja dan waktu rehat. Orang cakap, kerja tidak pernah habis. Esok masih ada. Jadi nikmati masa rehat tengahari dan malam tanpa memikirkan rutin kerja seharian.

4. Kawal pengambilan kolestrol

Masalah kolestrol yang tinggi adalah salah satu penyumbang kepada tekanan darah tinggi. Kawal kolestrol dengan mengelak atau mengurangkan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan laut dan lemak haiwan.

Ada dua jenis kolestrol dalam badan:

  • Low-density lipoprotein (LDL) juga dikenali dengan panggilan kolestrol jahat. LDL berlebihan boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat kerana ianya membawa kolestrol ke saluran arteri.
  • High-density lipoprotein (HDL) juga dikenali dengan panggilan kolestrol baik. HDL dikatakan baik kerana membawa kolestrol ke hati untuk disalurkan ke seluruh badan.

Untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kita perlu mengawal kolestrol jahat agar tidak berada dalam paras tinggi.

5. Lebihkan makanan serat (fiber)

Makan berserat tinggi seperti oat, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat baik untuk kesihatan diri. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi, makanan berserat dapat menghidari penyakit sembelit.

Semua makanan di atas boleh dikatakan mudah dan murah untuk didapati di pasaraya dan kedai. Dengan mengamalkan makan sebiji buah epal hijau sehari dapat membantu sistem penghadaman badan.

Sebiji epal hijau mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

Adakah kita hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa?

Kita ada piihan untuk menjadi lebih baik. Jika dilihat, untuk mengawal tekanan darah tinggi sangat-sangat bergantung kepada gaya hidup sihat.

Senaman dan juga makanan seimbang.

Selain mengamalkan dua perkara penting di atas, terdapat juga produk di pasaran yang boleh membantu mengawal kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Contohnya Jus Lega yang mengandungi 100% ramuan semula jadi tanpa bahan pengawet dan bahan berasaskan haiwan.

Antara ramuannya seperti bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu yang sangat baik untuk membantu kita hidup lebih sihat.

cara mengawal darah tinggi

Sihat itu bahagia

Kita ada pilihan sama ada mengamalkan cara hidup sihat dan mendapat kesihatan yang baik. Salah satu caranya dengan berdisplin dalam setiap tindakan yang kita lakukan.

Moga kita beroleh kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada masalah tekanan darah tinggi.

Kredit informasi: www.nst.com.my

Kongsikan Bersama Rakan:

3 thoughts on “5 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

  1. AyuSabrina

    Info yang bagus untuk turunkan bacaan tekanan darah tinggi. Tips dah ada, next step ialah komited dan jaga disiplin bagi mereka yang hadapi masalah ini.

    1. delocal

      Ya cik Ayu. Komitmen tu yang perlukan pengorbanan.

  2. 7 Makanan Sihat Untuk Rawatan Tekanan Darah Tinggi - Delocal.my

    […] utama terjadinya tekanan darah tinggi adalah kandungan kolestrol ‘jahat’ yang menyebabkan saluran arteri tersumbat. Sebagai langkah pencegahan, kurangkan makanan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge