12 Perkara Suami Penyayang Boleh Lakukan Ketika Isteri Mengandung

Sebelum berkahwin, para suami sudah berjanji dengan isteri akan sentiasa bersama. Sehidup semati, lautan biru sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup didaki. Sembang pandai.

Bak kata bijak pandai, suami penyayang bukan hanya tau cakap I Love U sahaja tetapi boleh membantu isteri meringankan beban mereka. Itu baru dipanggil romantik!

Apabila isteri disahkan mengandung, kekuatan mental, fizikal dan emosi perlu lebih diberi keutamaan. Isteri penat, letih dan inginkan pembantu. Siapa lagi yang boleh diharapkan selain suami sendiri?

Jadi, kami kongsikan 12 perkara suami penyayang boleh lakukan ketika isteri mengandung. Jom baca perkongsian kami:

1. Kemas dan Bersihkan Rumah

Tugas seharian seorang isteri pastinya akan menyapu dan membersih rumah. Mereka akan pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dari habuk dan kotoran.

Suami penyayang boleh ambil penyapu dan mula menyapu lantai. Cara lebih moden, boleh sahaja gunakan pembersih hampagas (vacuum) untuk seduk segala habuk di karpet dan lantai rumah.

Selain itu, suami juga boleh mencuci tandas dan bilik air. Ini satu kerja berat yang ambil masa lama. Biarkan isteri berehat dan serahkan tugas kepada suami untuk bersihkan.

2. Basuh Baju dan Pakaian

Kami yakin zaman sekarang agak sukar mencari orang yang basuh baju guna tangan. Berus dan sental. Maksudnya guna kaedah tradisional.

Semuanya sudah menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya mesin basuh. Asalnya ada mesin basuh, baju akan lebih cepat dicuci.

Sebagai suami penyayang yang melihat isteri mengadung bersusah payah basuh baju, apa salahnya membantu mereka. Angkat baju kotor, masuk mesin, masuk pencuci dan basuh. Tunggu 1 atau 2 jam, basuh siap dibasuh dengan cuci.

Tempoh menunggu 1 ke 2 jam boleh dimanfaatkan dengan kemaskan rumah. Boleh buat dua kerja dalam satu masa.

3. Jemur dan Keringkan Baju

Selesai baju baju, jangan pula tinggalkan dalam mesin basuh. Kerja belum selesai. Teruskan dengan jemur dan sidai baju di ampaian.

Baju basah selepas basuh lebih berat daripada baju kering. Memang tidak patut memberikan isteri sidai pakaian basah. Orang mengandung tidak digalakkan angkat benda-benda berat.

4. Seterika Baju Kerja

Jika suami dan isteri bekerja, tugas seterika baju biasanya dilakukan oleh isteri. Seorang isteri biasanya akan seterika baju untuk seminggu kerja. 5 helai baju suami dna 5 helai baju isteri.

Sewaktu isteri mengandung, mereka sangat penat membawa diri, jadi tugas seterika baju biar suami yang buatkan.

Jika tidak tahu seterika pakaian isteri (maklumlah agak kompleks dengan tudung, baju dan kain), hanya seterika baju sendiri. Itupun sudah membuat isteri anda tersenyum lebar tanda syukur.

5. Tolong Bawa Beg Tangan Ketika Berjalan

Beg tangan wanita ada banyak benda dan lebih berat dari dompet lelaki. Ada payung, ubat-ubatan, dompet dan sebaganyai. You name it! 

Waktu keluar berjalan-jalan, apa salahnya tolong bawakan beg mereka. Usah malu sebab tak ada orang lelaki lain akan ketawakan anda. Tetapi ramai wanita lain akan berbangga dengan anda kerana ambil berat dengan isteri mengandung.

Suami jangan asyik main Whatsapp dan Facebook sahaja. Ringankan tangan hulurkan bantuan.

6. Tolong Bawa Barang Ketika Membeli-belah

Ini memang suami kena sangat-sangat tolong. Barang ketika membeli-belah (shopping) sangat berat. bayangkan beli mintak 1kg, tepung 1kg, gula 1kg, ayam lagi, ikan lagi. Macam-macam barang dibeli untuk suami dan keluarga tercinta.

suami-tolong-isteri

Kalau suami hanya melihat sahaja tanpa tolong bawakan barang-barang ni, tak tahu nak cakap apa lagi. baik order online sahaja. Biar orang hantarkan ke rumah.

7. Masak di Rumah atau Makan di Luar

Ada kalanya isteri mengandung alami alahan terutamanya ketika memasak. Ada makanan tidak dapat dihidu.

Jadi sebagai suami penyayang, mereka boleh bantu isteri memasak. Masaklah apa sahaja. Sedap atau tidak itu nombor dua. Yang penting anda dapat makan bersama. Perut pun kenyang.

Paling tidak, bawa isteri makan di kedai. Dua-dua tidak perlu masak. Lebih mudah dan tidak membebankan.

8. Tolong Urut dan Picit Badan

Sering isteri mengandung biasanya akan mengadu lenguh dan sakit belakang. Sebagai seorang suami yang kasih dan kesiankan isterinya, luangkan masa 10 ke 15 minit untuk picit dan urutkan isteri.

Urut tangan, kaki dan belakang supaya mereka lebih bertenaga. Dapat juga kurangkan lenguh dan sakit badan.

Tahukah anda, di pasaran terdapat spray khusus untuk mengurangkan lenguh dan sakit belakang. Cuma spray di tempat sakit kemudian biarkan. InsyaALLAH, isteri anda akan merasa lega. Spray ini membantu isteri yang susah tidur akibat sakit belakang.

 

sakit-belakang-mengandung

Sebagai suami penyayang, apa kata anda hadiahkan Spray BIOBAX penyelesaian terbaik ini untuk isteri tercinta. Mereka pasti seronok.

9. Ambil Tahu Masalah

Hidup orang normal memang selalu ada masalah sama ada puncanya dari rumah atau pejabat. Jika isteri anda mengadu masalah, respon dengan memberi pendapat, sokongan dan dorongan.

10. Beri Ruang Rehat

Isteri hamil memang penat. Itu lumrah kerana pertambahan berat kandungan dari sehari ke sehari. Jadi beri ruang secukupnya kepada mereka untuk berehat, tidur, baring atau apa saja. Asalkan mereka mendapat rehat.

11. Bawa Kenderaan Perlahan dan Cermat

Sesetengah suami menghantar isteri bekerja. Ada menaiki motosikal dan kereta. Jika anda bawa motosikal, perlu lebih pertimbangkan aspek keselamatan. Bawa cermat, perlahan. Elakkan jalan berlubang dan tidak rata.

Perlu diingat, anda membantu dua nyawa bersama anda. Keselamatan dan keselesaan lebih utama.

12. Belikan Barang Keperluan

Jika isteri penat, anda sebagai suami perlu mengambil tanggungjawab membeli barang keperluan. Beras, gula, kopi dan apa sahaja barang dapur kini menjadi tanggungjawab untuk disediakan.

Selain barangan keperluan harian, isteri anda juga menggunakan produk kosmetik. Apa salahnya anda pula belikan untuk mereka. Contohnya jika isteri anda pengguna produk Nurraysa seperti Nurraysa Pearl Magic Lipstick, beli dan hadiahkan kepada mereka.

Isteri mengandung juga perlu kelihatan cantik dan berseri.

Jom Buat Walaupun Sedikit

Jadi, para suami penyayang sekalian cubalah buat. Buat sedikit jika tidak mampu buat semua. Sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban isteri yang sedang mengandungkan zuriat anda.

Moga isteri dan suami dipermudahkan segala urusan. Amin

-MZI-

Kredit gambar: dailymail.co.uk, mckinsey.com

Kongsikan Bersama Rakan:

One thought on “12 Perkara Suami Penyayang Boleh Lakukan Ketika Isteri Mengandung

  1. 5 Tips Terbaik Penyusuan Susu Ibu - Delocal.my

    […] faktor kejayaan penyusuan susu ibu adalah sokongan daripada suami kepada isteri yang memilih untuk menyusukan anak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge